Kelas Kesedaran Etika dan Sikap Pemain eSukan
17 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2026, seorang peserta telah menonton video Kelas Kesedaran Etika dan Sikap Pemain eSukan melalui platform LMS eSport. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pentingnya etika, sikap positif dan tanggungjawab pemain eSukan dalam serta di luar arena permainan.
Sepanjang tontonan, peserta didedahkan kepada beberapa topik utama termasuk sikap pemain di luar permainan, kepentingan sportmanship dalam pertandingan dan peranan pemain sebagai role model kepada komuniti serta pemain muda lain. Penceramah dalam video menekankan bahawa pemain eSukan yang beretika bukan sahaja memupuk imej positif diri sendiri, malah memberi inspirasi kepada orang lain dan menyumbang kepada perkembangan eSukan yang sihat.
Selain itu, peserta turut didorong untuk mengamalkan etika yang baik ketika berinteraksi dalam permainan, menghormati rakan sepasukan dan lawan, serta menjadi contoh yang baik dalam komuniti eSukan. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan sikap dan etika dalam membentuk pemain eSukan yang bertanggungjawab dan profesional.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: